Monday, December 10, 2012

Malaysia juara 2 kali World Robot Olympiad

 

 

 

 

 

PUTRAJAYA: Malaysia muncul juara keseluruhan buat kali kedua berturut-turut dengan menewaskan 250 pasukan lain dalam pertandingan World Robot Olympiad 2010 yang berlangsung di Manila, Filipina pada 5 hingga 7 November lalu.

Kontinjen Malaysia meraih dua pingat emas, tiga perak dan dua Anugerah Khas Kreativiti seterusnya meletakkan negara di tangga teratas berbanding 22 buah negara lain antaranya Korea Selatan, Jepun, China, Denmark, Jerman dan Hong Kong.

 

 

Atas kejayaan itu, kontinjen negara yang terdiri daripada 13 pasukan dianggotai 50 pelajar termasuk guru dan mentor itu, diraikan dalam satu majlis oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

 

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah.

Dalam pertandingan itu, dua pingat emas diraih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu, Sarawak dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Ling Ayer Hitam, Pulau Pinang.

SMK Bintulu turut meraih satu lagi pingat perak bersama Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan SJKC Jalan Davidson manakala dua anugerah khas kreativiti dimenangi SJKC Chi Man, Kuala Lumpur dan Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim Kuala Lipis, Pahang.

Pemilihan pasukan Malaysia untuk ke pertandingan berkenaan adalah berdasarkan kepada dua tempat yang terbaik daripada 2,800 buah sekolah yang menyertai pertandingan di dua peringkat zon dan kebangsaan.

Malaysia mula menyertai pertandingan itu pada 2004 dan pertama kali muncul juara keseluruhan tahun lalu. -

 

Sumber:-

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Muhyiddinraijuara2kaliWorldRobotOlympiad/Article

 

 

 

No comments:

Post a Comment