Tuesday, September 15, 2015

Cara Untuk Menanam Pokok Paling Berkesan Tanpa Menggunakan Biji Benih

Cara Untuk Menanam Pokok Jambu Paling Berkesan Tanpa Menggunakan Biji Benih


Sudah pasti ramai antara kita menyukai buah jambu air atau jambu madu ini. Seperti kita ketahui kebanyakkan buah-buah jambu ini akan dibiakkan melalui biji atau secara tampang.

Tetapi tahukah anda pembiakan melalui biji tidak disyorkan kerana menimbulkan masalah ketulenan baka. Biasanya Kaedah tut dan cantuman lebih diutamakan kerana tumbesarannya cepat.

Namun kali ini kami akan berkongsikan kepada anda satu cara lain untuk menanam buah jambu ini yang mudah dan berkesan selain menghasilkan anak benih yang lebih baik.

Bahan-bahan yang perlu adalah

1. Gunting dan pisau yang tajam


2. Span dipotong berbentuk dadu seperti dibawah


3. Tray semaian ( Boleh dibeli atau dibuat sendiri)




4. Baja hidroponik jenis serbuk dan cecair


5. Campuran sekam bakar dan baja cocopeat( Sabut kelapa yang sudah dihancurkan) dengan nisbah 2:1


Berikut adalah langkah-langkah untuk proses semaian.

1. Gunakan gunting untuk mengambil pucuk pokok dan potongan seperti dibawah. Jika pucuk berkenaan diambil dari tempat yang jauh pastikan ia sentiasa lembab dan tidak kering.





2. Isikan air sebanyak 4 liter ke dalam bekas dan masukkan baja hidroponik jenis cecair sebanyak 40cc/4 liter air.


3. Kemudian rendamkan seketika pucuk berkenaan di dalam air.



4. Selepas itu celup hujung pangkal pucuk tadi ke dalam baja hidroponik jenis serbuk dan cucukkan kepada span.



5. Letak pucuk semaian tadi ke dalam bekas semaiaan dengan air baja untuk rendam pucuk tadi dituang ke dalam lubang tray untuk diresap oleh span. Biarkan sehingga tumbuh akar(Pastikan air tidak kering)


6. Biarkan selama beberapa hari hingga akar tumbuh seperti dibawah.



7. Apabila akar sudah tumbuh, anda sudah boleh tanggalkan span tadi, pindahkan benih berkenaan ke dalam pasu kecil yang berisi campuran sekam dan cocopeat. Biarkan selama seminggu. Siram dua kali sehari.




8.  Selepas seminggu anda sudah boleh pindahkan anak pokok tadi ke dalam pasu lebih besar atau polybag.

Tips: Tanah yang terbaik adalah tanah lembab yang diambil dari kedalaman 1 meter.

Gambar 1. Selepas benih dipindahkan
Gamabr 2. Tanaman sedang membasar
Gamabr 3. Anak pokok tumbuh dengan sihat





9. Apabila anak pokok sudah membesar anda bolehlah menanamnya di tempat terbuka. Hasilnya sudah pasti amat menakjubkan kerana cara tanaman yang dikongsikan ini adalah cara tanaman pokok jambu yang paling berkesan untuk menghasilkan benih yang terbaik. -




No comments:

Post a Comment